Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


.
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 SAKSI AKAN DEDAH CARA PENDERAAN SPRM

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 24
Join date : 20/08/2009
Age : 51

SAKSI AKAN DEDAH CARA PENDERAAN SPRM Empty
PostSubject: SAKSI AKAN DEDAH CARA PENDERAAN SPRM   SAKSI AKAN DEDAH CARA PENDERAAN SPRM Icon_minitimeTue Sep 08, 2009 9:55 pm

Saksi akan dedah penderaan SPRM.



Prosiding inkues bagi menyiasat kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock, akan mendengar esok buat pertama kali keterangan seorang saksi yang mendakwa pernah menjadi mangsa penderaan fizikal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Saksi itu yang masih dirahsiakan identitinya akan dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung laporan polis yang dibuatnya tahun lalu terhadap beberapa pegawai suruhanjaya itu yang didakwa telah menampar, menyepak dan memukulnya sehingga mengalami kecederaan ketika disoal siasat.

Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini memutuskan laporan polis yang
dibuat pada 11 September tahun lalu oleh pengadu tersebut adalah
relevan bagi membantu mahkamah menentukan punca kematian Teoh.
Gobind Singh Deo, peguam bagi keluarga Teoh, memberitahu mahkamah
beliau akan memanggil pengadu sebagai saksi bagi membuktikan dakwaan
bahawa pegawai SPRM menggunakan kekerasan ketika menyoal siasat, dan seterusnya menunjukkan terdapat percanggahan dalam keterangan saksi SPRM, pegawai penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sebelum ini.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada pengerusi Jawatankuasa Tetap
Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah itu telah ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima
Plaza Masalam di Shah Alam, selepas disoal SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu berhubung siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor. Azmil ketika memutuskan isu itu berkata beliau berpendapat fakta-fakta yang dinyatakan dalam laporan polis itu sangat relevan kepada inkues itu.

“Tetapi skop yang akan difokuskan adalah terhad bagi menentukan sama
ada terdapat soal siasat yang telah dijalankan, sama ada saksi ke-19
ini Mohd Ashraf terlibat dalam soal siasat tersebut dan sama ada
kekerasan fizikal telah digunakan.

“Selain daripada tiga skop ini, perkara-perkara lain tidak
dibenarkan untuk dibangkitkan seperti sama ada berlaku pembunuhan dalam kematian Teoh, ini adalah tidak relevan,” kata Azmil.
Peguam bagi SPRM Datuk Abdul Razak Musa bagaimanapun tetap dengan
pendiriannya bahawa laporan polis itu adalah tidak relevan dengan
prosiding inkues itu atas tiga sebab.

Pertama, laporan itu dibuat tahun lalu dan kira-kira 10 bulan
sebelum kematian Teoh dan keduanya nama Mohd Ashraf langsung tidak
disebut dalam laporan ini.

“Secara amnya saksi ini telah pun mengakui bahawa beliau tidak
pernah dipanggil oleh polis untuk dirakam percakapannya, mahupun
ditangkap atau dituduh berhubung dakwaan itu.

“Satu lagi perkara, pengadu dalam laporan itu ialah seorang suspek
berbanding dengan situasi Teoh yang merupakan seorang saksi,” jelas
Abdul Razak.


.....BERNAMA....
Back to top Go down
https://idamanonline.forumms.net
 
SAKSI AKAN DEDAH CARA PENDERAAN SPRM
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» CARA MENIKMATI BUAH DADA WANITA
» CARA NAK HILANGKAN "LOVE BITE"

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: JOM BERSEMBANG :: Politik & Issu Semasa-
Jump to: